Friday, February 27, 2015

PRUBSN UMMAH

PRUBSN UMMAH



Rancanglah Masa Hadapan
Kukuhkan Keperluan Rohani


Memenuhi Keperluan Rohaniah
Perlindungan dan Simpanan - semuanya dalam satu


Ramai antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merangcang kesejahteraan untuk orang-orang yg kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam< kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi.

PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yg akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa hadapan, malah is juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Haji Badal, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam.

Sebagai peserta anda mungkin layak menerima bonus.

Dengan kesemua faedah istimewa ini, kami percaya bahawa PruBSN Ummah akan membantu anda menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dapat memenuhi keperluan rohaniah anda dan pada masa yang sama, memastikan anda dilindungi.

PruBSN Ummah, Satu pelan yang memberikan anda tumpuan dalam persiapan rohaniah - dunia dan akhirat.


Manfaat-Manfaat PruBSN Ummah



1. Bonus Loyalti 
Ini adalah manfaat yang diberikan kepada anda kerana menjadi pelanggan setia kami. Ia akan diberikan kepada anda setelah tempoh takaful anda tamat. Selain itu, bonus anda akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh sebagai tambahan kepada manfaat-manfaat takaful anda yang lain.
Bagi memastikan ketenangan semasa anda mengerjakan Haji, anda juga akan diberikan elaun Haji, yang merupakan sebahagian daripada bonus loyalti. Elaun ini adalah tambahan bagi menampung perbelanjaan anda. Anda juga boleh menggunakannya untuk memastikan keperluan kewangan keluarga anda dirumah dijaga semasa anda menunaikan kewajipan anda di Mekah.

2. Pengeluaran Simpanan Unuk Haji atau Umrah
Anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada simpanan akaun anda sebagai tambahan untuk keperluan Haji atau Umrah, tertakluk pada syarat-syarat berikut:

  • Pengeluaran hanya boleh dilakukan sekali untuk Umrah dan sekali untuk Haji sepanjang tempoh sijil. 
  • Pengeluaran hanya boleh dibuat selepas tahun ke-5 tempoh sijil.
  • Setiap pengeluaran hendaklah sekurang-kurangnya bernilai RM500 dan tidak lebih 70% daripada baki akaun anda sebelum pengeluaran dibuat.
  • Baki akaun anda hendaklah bernilai sekurang-kurangnya RM2,000 selepas pengeluaran dilakukan.




3. Kematian dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Selepas kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh, anda atau penama anda kan menerima nilai tunai yang setara dengan perlindungan anda iaitu, jumlah manfaat takaful
Selain itu, keluarga anda akan menerima wang tunai tambahan RM2,000 sebagai manfaat khairat kematian selepas selepas kematian anda yang boleh digunakan untuk perbelanjaan pengebumian dan yang berkaitan.

4. Gandakan Manfaat Takaful anda semasa menunaikan Haji atau Umrah
Anda akan menerima perlindungan berganda iaitu jumlah manfaat takaful, sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) semasa menunaikan Haji atau Umrah.

5. Badal Haji
Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum anda berpeluang menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji anda ditunaikan dengan membayar penama yang dilantik oleh anda atau pihak ketiga untuk menunaikan Badal Haji untuk anda.

6. Manfaat Penyakit Kritikal
Kami akan memberi sebahagian daripada jumlah perlindungan asas anda sebagai bantuan kewangan sekiranya anda dikenalpasti mengidap penyakit kritikal yang dilindungi
Tambahan lagi, kami juga akan memastikan bahawa perlindungan dan simpanan anda dalam pelan ini akan berterusan kerana sumbangan takaful akan dibayar secara berterusan untuk anda.
Perlindungan ini adalah satu pilihan sumbangan tambahan bg pelan ini.

7. Penulisan Wasiat Islam
kami akan mengatur untuk anda perkhidmatan Penulisan Wasiat Islam yang diuruskan oleh Amanah Raya Berhad. Perkhidmatan ini adalah satu pilihan.


Siapakah Yang Boleh Menyertai Pelan Ini?
Terbuka pada mereka yang berumur di antara 19-60thn pada hari jadi berikutnya.

BERMINAT HUBUNGI : 
AMRAN 019-4700766